Monday, June 27, 2011

1

Lama sangat dia duduk menenggek disini.Duduk melopong dan berangan dengan sedikit fantasi.Tak salah, jika masih dalam radius kebenaran, tanpa perlu jadi hikayat.
“Aah sudah hampir dinihari, masa untuk angkat kaki.” Dongak dia ke langit.Lesu, dan sunyi.
Lantas bergerak dia meninggalkan Stesen Komuter ini.Tiada apa yang tinggal kecuali bangku-bangku yang dingin dan sejuk.
“Ankh! Cepatlah!”
"Kejap, kejap.."
Terkedek-kedek Ankh berlari mendapatkannya.Kelihatannya masih cuba membetulkan seluar.Compang-camping pakaian Ankh.Tangan kirinya memegang sehelai kain tudung berwarna biru.
"Mari cepat kita pulang, sebelum matahari keluar"
“Jarang aku dapat ‘lauk’ sebegini…menepati syarat..bertudung weh!”
Sengih Ankh padanya.
Nun disebelah Stesen Komuter itu, disebalik semak-samun.Ada sekujur tubuh longlai.Seorang perempuan terdampar lesu, mata tak terbuka.Keletihan, kaki terkangkang.Dia merasa puas.
Gadis tersebut sudah menjadi hamba kepada Ankh.Dia akan selalu mendatangi perempuan ini kelak. 
Siapa mereka sebenarnya?Dari mana asal kedua-duanya?
Hutan yang dahulunya hijau kini terang-benderang.Sejak sekian lama ia aman tetapi sekarang ini penghuninya bertempiran lari.Sembunyi-sembunyi.Menyorok.Lari dari kenyataan yang telah automatisnya dinafikan.
Mereka bagaikan halimunan yang bergerak dibawah bayang-bayang.Dari pokok ke satu pokok yang lainnya.Menyelinap tangkas bagaikan sang pengintip.Tiada suara, tiada nada.
Wujud tapi dinafikan oleh para penyebar falsafah moden.Hantu tak wujud, jin hanya khayalan, malaikat hanya sekumpulan entiti purba.Syurga dan neraka hanya cerita buatan.Yang wujud hanya kita, manusia dengan bumi ini.(Dan planet disekitarnya.Mereka masih lagi mengkaji tentang ilmu astrologi)
Mata meliar, nafas mendengus tinggi, air liur meleleh kebumi.
Penghuni hutan ini sudah sekian lama menjadi hamba abdi pada satu kuasa mistik.Penghuni hutan ini sudah tiada emosi.Penghuni hutan ini sudah mati nafsu untuk sesuatu yang wajar dipanggil kegembiraan.Penghuni hutan ini sekian lama jadi pengecut.
Hutan batu bernada lokaliti, sesak dan berasap busuk.Banyak globalisasi yang menjadi pegangan, bercampur baur dengan ilham curang.Nun jauh dan dekat banyak bangunan tinggi terbina.Alam Masehi manusia terlalu berlandaskan wang, nama dan kemasyhuran.
Dua penghuni, berkawan rapat.Bergelandangan mereka berdua.Berkhalwat mereka berdua dalam setiap ruang dan ceruk tersedia.
Dua penghuni hutan ini, berjalan menuju arah jambatan gelap.Berhampiran dengan satu cereng bukit, dekat dengan Lebuhraya Persekutuan.
'Jambatan Tidur' - kata mereka semua.Kerana mati itu saudara tidur.Jambatan ini ada pintunya.Bila ada pintu, mestilah ada penjaganya sekali, Al-Sibat.
"Qui!!!!?" Jerit penjaga jambatan, Al Sibat.
Serentak Khorrgh dan Ankh membalas jeritan.
"Khorrgh! Ankh!".."Ouvrez-le"
Sekonyong-konyong pintu jambatan dibuka.Keduanya melangkah melewati bayangan Al-Sibat.
"ghhoorrrhhhhh???"
Ankh dan Khorrgh tak menjawap pertanyaan Al-Sibat.Ankh jelir lidah pada Al-Sibat.
"Penjaga jambatan yang sememangnya perangai macam babi! Cakap pun tunggang-langgang" bisik Ankh pada Khorrgh.
Al-Sibat, penjaga jambatan.Yang teraniaya, kata penghuni hutan.Ankh benci padanya.Khorrgh perasan, sudah lama yang Ankh tak suka pada sesiapa pun kecuali pada Khorrgh.Sebab Ankh perlukan Khorrgh.Sebab Ankh takkan boleh bekerja sendirian.Nama sahaja kawan rapat tapi Khorrgh menunggu waktu untuk melapah Ankh.
Ankh lemah,
Ankh suka mengata,
Ankh banyak bunyi,
"Tinggal masa sahaja untuk aku ratah Ankh" fantasi Khorrgh setiap malam.
Khorrgh dan Ankh dalam perjalanan mahu berjumpa dengan Ifrah**. Mahu melapor segala hasil dari kegiatan seharian.Mereka harus melapor pada Ifrah setiap hari.Setiap kali matahari condong ketimur, sebelum gelap menguasai tanah.
(**Ifrah ; Si Tua yang licik.Buat segala benda demi kepentingan diri sendiri.Diberi tugasan oleh pihak atasan untuk menyelia beberapa penghuni.Khorrgh dan Ankh adalah diantaranya.
Acapkali Ifrah melewati jambatan tidur , untuk keseberang sana.Seberang yang menjanjikan kelalaian, kenikmatan dan kemewahan.Seberang yang dikuasai oleh para manusia.
Suka menghabiskan masanya dengan menculik gadis-gadis cantik untuk dirogolnya (berulang kali, adakalanya dengan rela) yang selepas itu dijual kepada Bapa/Ibu ayam sekitar 'Pasar Longkang', Ifrah si tua kacak yang pandai berdandan dan bijak 'menjual dirinya' pada setiap gadis.Mulut manis.Gadis-gadis manja gelar dia 'Sugar Daddy'. )
"Ifrah celaka itu, tak sepatutnya melepasi jambatan ini!" bicara Ankh sama Khorrgh semasa mereka melintasi jambatan tersebut.Ankh benci benar pada Ifrah."Anak haram sundal terbiar! Moyangku, Solomon Yang Bijaksana sepatutnya sudah menetak Si Ifrah ini hingga mati!"
"Jangan kau melampaui batas, Ankh.Kita datang ke sini bukan untuk cari pasal.Bukan masanya untuk membuka cerita lama.Sudahkan secepat mungkin urusan ini dan kita dapat pulang lekas." cubit Khorrgh pada lengan Ankh.
Ifrah berdiri sambil bersandar dihujung jambatan.Dia sandar badan pada tiang yang berdiri tegak dihujung jambatan ini.Tiada siapa yang tahu orang yang membina jambatan ini.Ada cerita mengatakan , jambatan ini dibina semasa perang antara langit dan bumi*.Ada pula yang membawa cerita bahawa jambatan ini adalah  'pemerhati' kepada penghuni hutan ini.Secara amnya, jambatan ini adalah penghubung dan bertindak sebagai pemberi maklumat.
 (* peperangan antara puak langit dan bumi, dimenangi oleh langit.Banyak yang terkorban.Banyak yang tertewas pada kedua belah pihak.Nafsu yang mengetuai puak bumi, terselamat dan melarikan diri.Kumpulan dari langit yang diketuai oleh Luc berjaya merempuh tembok-tembok pemisah yang dibina ole Nafsu.Ada pula cerita yang mengatakan Luc dibantu oleh puak naga dan ianya memberi kelebihan maksimum kepadanya.Luc guna 'Jambatan Tidur' untuk mengerakkan armada perangnya)
Pada Ifrah, jambatan ini adalah 'nyawa' untuk dia.Ifrah boleh bebas menyusup melalui jambatan ini untuk ke dunia manusia.Sewenang-wenangnya dia boleh bermaharajalela.
"Apa cerita kamu berdua?"
"Tiada apa.macam biasa.manusia tetap dan masih lalai." ringkas Khorrgh seboleh mungkin.
"Muka kamu bersinar-sinar, Khorrgh...?"
"Aaah tiada apa.Aku baru selesai mandi sebelum kemari"
Ifrah risau bila ada diantara penghuni hutan ini, mukanya jadi bersinar-sinar.Itu mungkin tanda mereka sudah mula mengkhianatinya.Sesuatu yang harus dielakkannya.
(Penghuni hutan ini amat jarang sekali dapat mandi.Banyak sungai yang dahulunya tempat mereka berkelana kini sudah tercemar.Mereka kini terpaksa mandi secara curi-curi di tangki bekalan air yang terdapat dikawasan perumahan.)
Ankh senyum simpul.Dia tahu, lambat laun Ifrah akan dapat menghidunya jua.Ankh tahu rahsia Khorrgh.
"Apa yang kamu bawakan untuk aku?"
Ankh mengeluarkan sehelai kain dari kocek seluarnya. "Naaah..Ini dia.Untuk kamu,Ifrah"
Sehelai tudung biru bertukar tangan.
Lantas Ifrah menghidu dan mencium tudung tersebut.
Ditekapnya tudung biru itu ke muka.Bagai merasai nikmat yang teramat sangat.
"Bila aku boleh dapat?"
"Tak lama lagi, Ifrah..Tak lama lagi hehe" Gelak Ankh.
"Bagus..bagus, dan sekarang berambus!"
Khorrgh senyum.Selesai tugas.Khorrgh capai tangan Ankh untuk beransur.Berjalan laju meninggalkan Ifrah.Sederas mungkin.
"Kau tahu, Khorrgh...Lambat-laun dia akan menghidunya..keh keh keh.." Gelak tawa Ankh tatkala mereka berdua melepasi jambatan untuk kembali ketempat asal.
Al-Sibat hanya memerhati sahaja.Dari jauh dia nampak Ifrah angkat tangan padanya,tanda urusan sudah selesai.Al-Sibat harus tutup semula pintu jambatan ini.
Perjanjian Faustian antara dia dengan Ifrah masih lagi berlangsung.

No comments:

Post a Comment