Sejauh atau setinggi mana sekalipun takkan sama.Setiap zaman atau kurun.Semuanya berlainan, tiada yang pasti melainkan sudah terjadi.Hanya peraturannya sahaja, tetap sama.
Dia tahu semua ini.Dia pasti akan segalanya.Sepatutnya terurus dan bersempadan.Air takkan dapat berpimpin tangan dengan api.Sehati sejalan? Naah! Tanah takkan dapat menyetubuhi angin.
Namun segalanya tidak menjadi kesalahan baginya.Walaupun tertulis pada azali lagi tentang peraturan tersebut, dia yakin pada perbuatannya ini telus, ikhlas dan setia.Atas nama cintanya.Bukan nafsu.
"Sudah tentu ianya mulia, kan?"bisik Athena kepada dia sedikit masa dahulu.Sebelum dewi itu mati terbiar setelah diabaikan oleh para pengikutnya.Athena suka bikin bukan-bukan"Tempat yang bakal kau pergi ini penghuninya lemah lembut dan ikhlas." Sampaikan mengikut cadangan Athena, dia terdampar di semenanjung ini.
Dia amat suka padanya.Pada gadis tersebut.
"Takkan mungkin aku mengkhianatinya. Aku, terlalu sayang padanya"
Malaikat malam tersenyum setiap kali ketika dia melafazkan bait-bait kata seperti diatas, berulang kali.
"Kau akan mati terbakar tanpa perlu menjadi debu.Jadi kayu api neraka!"
Cinta berlainan bangsa sememangnya tidak direstui.Malahan dihina, herdik dan dilaknat sejak sekian lama.
Peraturannya ringkas, kamu dengan sekelompok kamu sahaja.
Jika peraturan ini diturutinya, bukan cinta lagi.Bukan perasaan kasih sayang yang muncul.Hanya bakal muncul zarah nafsu serakah yang tak kurang hebatnya dengan perangai binatang.
Mahu melanggar batas peraturan yang telah ditetapkan? Jika terjadi pun, benih yang dia lontarkan takkan menjadi.Sampai satu masa 'mereka' akan datang jua, mengheret dia pergi jauh dari kekasih yang tercinta.
Ringkasnya, ini bukan macam mesin minuman Slurpee™ dimana kita boleh bebas mencampurkan minuman hijau dengan biru.Atau apa sahaja antara dua pilihan yang disediakan.Faham?
Akan terjadi salah faham, dendam dan pengkhianatan jika dia gagal untuk menyempurnakan cinta ini.
Sama ada disebelah syurga atau neraka, keduanya pasti akan bersorak riang.
No comments:
Post a Comment