Monday, June 27, 2011

Cerita Tentang Rumah Dan Kota Rome Yang Terbakar

***"Why then should I fear to become less by dying"- Masnavi ;Jalal al-Din Muhammad Rumi***


Khorrgh dengan Ankh ada tempat tinggal.Boleh dipanggil rumah.Agak selesa jugalah, lengkap segalanya.
Mereka adalah penghuni hutan yang boleh dikira sebagai mistik tapi mereka juga perlukan tempat tinggal yang elok dan bersih.Ifrah tak mahu mereka berdua kelihatan seperti orang tiada rumah.”Bergelandangan macam jin tanah” perli Al-Sibat.
“Yang boleh dipanggil rumah” Kata Ifrah memberi cadangan.
Lalu Ifrah sendiri menyediakan sebuah apartment untuk mereka berdua (yang sebenarnya mirip kepada rumah kedai) yang terletak di Mentari.Ianya bersebelahan dengan restoran makanan segera yang dibuka 24 jam.Dibahagian bawah pula, ada deretan kedai binatang peliharaan, kedai perabot dan cybercafe.
“Aku tak berapa suka lihat kamu dua ekor selalu sangat tidur berbumbungkan jambatan.”
Khorrgh dengan Ankh tak membantah.Mereka tetap suka tidur di merata tempat.Bawah jambatan, dalam longkang besar, atas pokok di tepi lebuhraya...Semuanya mereka sudah baring dan lelap.Enak dibuai mimpi pagi hingga ke tengahari.
Dalam seminggu sekali, mereka pulang ke rumah yang disediakan oleh Ifrah.Dalam rumah tersebut ada set sofa, televisyen, set pemain DVD (Yang ada fungsi MP3) dan peti sejuk.Cukup untuk menandakan yang rumah ini benar-benar ada penghuni.Oh ya, ada katil juga ada.Ifrah juga menyediakan dua buah almari pakaian, khas untuk Khorrgh dan Ankh.’Pakaian untuk mejalankan tugas’ beritahu Ifrah.

Ramai orang tertanya-tanya, apa pekerjaan Khorrgh dan Ankh sebenarnya.
Kita ringkaskan begini;
Khorrgh dan Ankh telah ‘menjual diri’ mereka kepada Ifrah mengikut perjanjian individual.
 “Perjanjian akan lupus bila mana matahari gagal untuk bersinar dan bulan hilang dari pandangan” Kata Ifrah dahulu.Masih ada ruang untuk menebusnya.Itu pun kalau mereka berdua bijak untuk mencari ‘clause’ yang tersembunyi.
Ikut perjanjian tersebut (Yang telah diselaraskan oleh Ifrah), mereka harus mendapatkan roh-roh gadis yang tersesat dan terpinga-pinga semasa dalam perjalanan pulang kerumah/destinasi utama.Lebih sopan ; menepati syarat.Tak pernah terusik; adalah bonus.
Ini tidak melibatkan urusan ambil nyawa (kerana ia akan mendatangkan masalah jika diketahui oleh puak langit), jadi Khorrgh dan Ankh diberikan satu kuasa yang membolehkan mereka untuk;
  1. Menyerupai manusia untuk satu tempoh masa yang lama, bila-bila masa yang mereka mahu.
  2. Mempelajari dan praktikkan ilmu “ pelawa,pukau dan nafsu” . Sesudah itu, mereka harus ‘memindahkan’ segala perasaan, emosi dan nafsu gadis berkenaan pada sehelai kain (tudung,tuala,sapu tangan,seluar dalam dan sebagainya – yang dimiliki oleh gadis itu) untuk diserahkan pada Ifrah untuk tindakan selanjutnya.
Gadis-gadis yang berjaya mereka dapatkan akhirnya akan hilang perasaan cinta dan nafsu kepada manusia biasa.Kemudiannya, mereka akan ‘diserahkan’ kepada Ifrah.Roh dan perasaan gadis tersebut akan menghambakan diri kepada Ifrah (Selama mana yang dikehendakinya).
Sebagai pulangan kepada Khorrgh dan Ankh (Ya, Ifrah juga menjaga ‘orang suruhannya’ dengan baik), mereka dibolehkan untuk;
  1. Menawan dan ‘menikmati’ apa sahaja keindahan yang ada pada gadis tersebut.(Dalam konteks ini, perlakuan seksual) Berulang kali sehinggalah sampai waktu untuk mereka ‘serahkan’ gadis tersebut pada Ifrah.
  2. Setiap kali dapat ‘menikmatinya’, kuasa Khorrgh dan Ankh akan bertambah. .(Dalam semak, belakang bangunan usang, hotel murah-pilih sahaja, janji tidak melibatkan urusniaga wang yang melampau.)Mereka akan jadi lebih yakin,mantap dan berkemungkinan besar untuk     ‘menebus kembali jiwa’ mereka dari Ifrah.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suatu petang yang sejuk, dirumah mereka.Khorrgh dan Ankh ‘terkurung’ kerana tidak dapat keluar.Hari hujan lebat manakala petir dan kilat saling berbahas.Makhluk ghoul sedang terbang merata mencari mangsa,Al-Sibat kesejukkan dan berlindung dibawah Jambatan Tidur, Ifrah tertidur ‘diselimuti’ gadis-gadis cantik diseberang Jambatan Tidur.
“Kau tahu, teknologi manusia kadang-kala menggelikan aku”
“Geli yang kenapa?”
“Iyalah, macam Déjà vu lah”
“Apa Déjà vu nya?”
“Semalam aku main komputer.Di cybercafe bawah rumah ini.Aku cuba ‘download’ lagu.Kau tahukan , benda-benda ini semua?”
“Sedikit asing, aku jarang melekat pada ‘mesin’ tersebut.”
Khorrgh tak minat pada teknologi.Cukuplah setelah apa yang dia lihat sewaktu di Mesir dahulu.Beratus tahun dahulu.Jadi hamba abdi Pharaoh untuk membina piramid.Bertungkus-lumus disiang hari, manakala malamnya pula hanya berbumbungkan langit biru mengira bintang-bintang.Disanalah dia ketemu dengan Ankh.
Ankh pula suka pada teknologi.Ini adalah kesempatan untuk mereka mempelajari sesuatu yang unik hasil ciptaan manusia.Bukan dia seorang yang menyedarinya, bahkan penghuni gelap di kota-kota terkemuka dunia juga sudah mula mendekati teknologi alaf baru.Berkali-kali dia minta Ifrah supaya membekalkan mereka satu set komputer (harus lengkap dengan bekalan internet) dirumah berkenaan.
”Belikan sahaja kami komputer, dan aku akan tunjukkan kepada kau cara untuk memerangkap gadis-gadis manis dengan lebih berkesan”
Malas Ifrah hendak melayannya.
“Jadi, setelah ‘download’, aku mahu ‘save’.Malangnya aku tak bawa ‘pendrive’ pula.Budak penjaga cybercafe tu menawarkan untuk ‘burn’ kan kedalam CD
(Banyak guna istilah yang Khorrgh sendiri tak faham.)
‘”Kau gunakan muslihat untuk pengaruhi budak itu kan? Jadi?”
“Dia guna software- lah kan? Kau cuba teka apa nama software yang dia gunakan?”
“Tak kuasa aku hendak meneka.Kau cerita sahajalah.”
“Nero Burning ROM..haha..Ingat Nero? haha Maharaja Roman celaka itu.” “Kau masih ingat lagi kan insiden kebakaran itu?” sambungnya lagi.
Magnum Incendium Romae? Hehe bebal punya Nero..” Khorrgh senyum sambil menyelam jauh ke nostalgia lama.Purba dan liar.
“Aku lebih suka pada Caligula” kata Ankh sambil mencangkung menghadap peti televisyen.Mereka sedang tonton DVD Harry Potter.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AD 64: Nero jadi kecut perut melihatkan api marak dalam kota.Berharian, tak henti-henti.Nero ketakutan dan hanya menangis didalam kamar.Mereka berdua terpaksa membantu Nero untuk melarikan diri ke Antium.Itupun setelah diugut oleh Maharaja tersebut sebab Ankh yang mencadangkan supaya Agrippina dibunuh sebelum ini. Nero menyangka dia akan membelot dan menggulingkan beliau.Agrippina juga adalah ibu kandung Nero.
Ini semua sebahagian dari perancangan Ifrah dan sekutunya.
Manusia perlukan ketua yang boleh menyatukan mereka.Tak kiralah sama ada ketua itu seorang yang kejam atau baik, mereka mesti bersatu supaya mudah dikawal.Bila ketua yang mereka letak itu, agak ‘menyimpang atau tak sekata dengan perjuangan’ maka Ifrah dan sekutunya akan meniupkan angin revolusi.Sama macam yang terjadi di Peranchis era Louis XVI atau di Tunisia baru-baru ini.Cuma, mereka tak boleh sentuh hal ehwal ‘Tanah Yang Dijanjikan’.Nahas menanti jika Ifrah dan sekutu cuba mencampurinya.
Api yang marak di Kota Rome itu sebenarnya dinyalakan oleh Asmodai (yang beribukan spesis Succubus- menurut cerita dari pendita-pendita kaballah.)
Dia merancang untuk membikin tempat dimana terdapat ‘api yang takkan padam selamanya’.Menyebabkan kebakaran pada Kota Rome , bukanlah satu tindakan yang bijak.
Mujur ada Ifrah.

No comments:

Post a Comment