Berharian Anna tak lena tidur.Kerap termimpikan Kira.Selalu juga dia merindui jejaka itu.Dari mana asalnya dia, dimana dia tidur, apakah barang pekerjaannya?
“Adakah ini namanya cinta dibawah sedar?” Mungkin jua tapi berlainan sungguh dirasakannya.Bukan pasal mimpi-mimpi yang datang, tapi gerak-geri dan lenggok tubuh Kira itu sendiri.Bukan macam orang biasa.Nampak macam sama, tapi lain benar.Minda Anna bergaduh dengan jiwanya, adakah Kira hadir dalam realiti atau sebahagian dari mereka?
Ada sekali dua dia cuba menguji Kira dengan menghulurkan makanan.Kira tak pernah jamah.Kira seringkali mengelak jika Anna ajak pergi minum.Ini menguatkan sedikit sangkaan Anna pada Kira.Sangkaan yang Anna tak tahu sama ada baik atau buruk.
Dua-tiga hari ini dia juga kerap bermimpi akan satu imej yang buruk.Wajah yang teramat hodoh dan berbau busuk.Lepas itu, tapak kaki Anna juga jadi lembab dan basah, seperti waktu dahulu.Sesuatu yang sudah sekian lama tak dirasai oleh Anna.
“Berhati-hati, wahai Anna..”
“Ngeee...ngeeee”
“Mereka ada niat jahat pada kau, sayang”
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dimana sahaja, atau bagaimana caranya dia pasti tahu cari jalan.Penghuni sepertinya tiada rasa bersalah tapi mereka ini sedikit pelik kerana seringkali mencari pengampunan.
“Khorrgh akan tewas, “ Kata Ankh.Dia tak gembira tentang itu, tapi suka juga kalau melihat khorrgh jatuh lalu dihambat sekumpulan ghoul hitam yang sangat busuk.
Ghoul gemar mengigit makhluk seperti mereka.Ghoul antara entiti yang patuh pada tuannya.; Dalam cerita ini, tuan mereka adalah puak yang berada diseberang Jambatan Tidur.
Tapi, Ankh juga sayangkan Khorrgh.Dialah satu-satunya sahabat yang Ankh ada sekarang ini.Ankh akan cari cara,untuk menyelamatkan Khorggh.
Tapi bukan cara yang disukai ramai.Ankh akan malukan Khorrgh dihadapan Anna.Ankh akan bogelkan segala rahsia faustian Khorrgh.Selepas itu?Ankh akan bawa Khorrgh lari jauh.Jauh dari Anna dan kemungkinan lari jauh dari Ifrah yang durjana.Ankh tahu caranya.
Djinn dahulu sempat mengajarkan Ankh tentang beberapa ilmu.Pengasih, pawang dan muslihat.Ankh akan gunakan dengan sebaik-baik, atau untuk bayangan jahat itu, sejahat-jahatnya.
“Aku akan bakar kau sampai jadi debu.” Ketawa Ankh.
Ya, ada satu bayangan yang sejak akhir-akhir ini memerhatikan mereka dan Anna.
“Aku mungkin usang,tapi kau bukan lawanku,” Sengih Ankh sambil meludah kearah landasan keretapi.Ankh jeling makhluk halus itu dengan ekor mata.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ngeee...ngeeee”
“Celaka, dia sudah perasan akan kehadiran aku!”
Kelam-kabut makhluk itu melarikan diri.Dalam kekalutan senja, dia telah bikin kesilapan.Dua kesilapan sebenarnya.
Dia terlalu lalai memerhatikan gerak-geri Anna.Rindu sangat pada Anna.Geram pada wangian yang selalu Anna pakai.Dari jauh dia merantau untuk menjejaki Anna.Dia sayang pada Anna.Lantaran itu, dia ingin memberikan amaran awal pada Anna mengenai apa yang bakal berlaku.Dia tak mahu kehilangan Anna kepada kuasa mistik yang begitu jahat.
(Dia juga jahat.Semua orang ada sifat jahat.Yang tak mengaku jahat, mereka gelar atau ganti perkataan itu sebagai ‘nakal’, sama sahaja.Yang penting, sejauh mana keikhlasan kita dalam membikinnya, jahat atau baik.Faham? Ikhlas buat jahat atau ikhlas buat baik.)
Bagaikan mengusahakan perkerjaan meludah kelangit.Dalam keadaan kelam-kabut, dia tersalah buat perhitungan.Dia turun dari pokok dan berlari melintasi landasan keretapi, terus kearah orang ramai yang sedang berposak-posak beratur kearah mesin tiket.Mahu meninggalkan Stesen Komuter.Berlari kearah umum yang ramai, dan terus naik keatas bukit menuju pusat beli-belah.
“Ngeee..ngeeee..”
Ini adalah kesilapan yang tak mungkin dia undur semula.Ankh ada kekuatan jika berada dikawasan sekitar Stesen Komuter.Tanah disekitar kawasan ini adalah keramat besar buat Ankh (dan juga Khorrgh)
Ankh juga mampu mengejarnya dengan tangkas, menuju kearah pusat beli-belah.
Tercungap-cungap dia berlari dalam sayup-sayup manusia yang deras berjalan.Mereka takkan menyedari kehadirannya, tapi Ankh boleh.
Ankh mula bergerak perlahan.Tak perlu berlari.Selangkah kaki Ankh bagaikan lima puluh derap tapak kaki manusia berjalan.
Dia menjeling kebelakang, Ankh seperti sedang singgah sebuah gerai menjual makanan.Dari jauh dia boleh lihat Ankh cuba senyum kepadanya.(sambil jari Ankh menunjuk kearah longgokan pisang goreng,seakan mempelawanya pula)
“Celaka sungguh aku hari ini!” Dia cuba mencari tempat persembunyian.Dia masuk kedalam longkang ditepi pusat beli-belah itu.Menyorok, ketakutan dan berharap Ankh tak sedar dimana dia berada sekarang ini.
“Bang, bungkus seringgit pisang goreng ni” pinta Ankh.
“Boleh..nah..jual yer”
Ankh senyum sambil duit seringgit bertukar tangan.Satu plastik pisang goreng ditangan kirinya.Ankh makan terlebih dahulu.
(Ankh dan Khorrgh juga tahu cara untuk menggunakan matawang.Ifrah yang ajar caranya.Jangan kita lupa, wang kini adalah segala-galanya.Mereka berdua cuba menyesuaikan diri seboleh mungkin dalam arus pembangunan hutan batu)
“Lama tak berniaga kat sini? Pergi mana?”
“Ahh, balik kampung..tengok bini.Ingat nak berniaga kat kampung jer, tapi tu lah..rezeki dimana-mana.” Senyum si penjual.
“Betul tu, tapi kan saya ingat ada yang rindu sama pisang goreng abang ni.ehh silap-silap laa kan ada awek cun yang rindu..”
“Hahaha..ada-ada sahajalah kamu ini..”
Mereka gelak berdua.Ankh habiskan pisang goreng yang terakhir lalu meninggalkan gerai tersebut.(Ankh ada nafsu untuk makan, tapi tidak bagi Khorrgh)
Ankh senyum jahat sambil berdiri diseberang jalan menghadap pusat beli-belah .Dia perhatikan makhluk berkenaan masih lagi berlari dan tiba-tiba menyelinap masuk kebawah longkang kecil bersebelahan lorong pejalan kaki.
“Hehe, kemana kau mahu lari?”
“Err dik, ada rokok tak?”
“Ada, ada, nah” hulur budak muda disebelah Ankh.
“Ada lighter?”
“Ada..ada..” lantas budak muda tersebut menyalakan api untuk rokok yang kini berada dimulut Ankh.
“Terima kasih ya” kata Ankh lalu melintas jalan, menuju kearah makhluk yang kini ketakutan dibawah longkang busuk.
“Sama-sama..”
“Ehhh..Siapa yang minta rokok dengan aku tadi?” Tergaru-garu bodoh budak muda itu.”Ahh mungkin khayalan aku,” Tapi rokok dalam kotak sudah kurang satu.Dia jadi hairan dan sedikit bengap.
Sambil menyedut asap rokok, Ankh berdiri betul-betul diatas kepala makhluk itu.
“Kau mahu aku seret kau naik keatas tanah, atau nak duduk dalam longkang ini selamanya?”
Makhluk itu jadi takut.Memang sifatnya penakut, cuma berani pada manusia yang tiada iman dan lalai.
Ankh senyum leret.Dibacanya satu jampi.Perlahan-lahan dia sedut asap rokok.Hembus kelangit, hembus kebawah longkang.
“Wiiargh, Groohkiia!”
“Ngeeee...ngeee...Jangan, jangan..ampuni aku!!!”
Dia bersuara dengan terketar-ketar.Jalanraya masih lagi sibuk dengan kenderaan berpusu-pusu mahu pulang.Kiri-kanan lorong pejalan kaki juga penuh dengan manusia yang baru keluar dari pejabat, mahu pulang.
“Aku bukan kesini untuk mengampuni sesiapa” perlahan Ankh berbisik.
Yang pastinya, dia takkan dapat pulang, takkan dapat mengintai Anna, takkan dapat hadir dalam mimpi-mimpi gadis berkenaan lagi.Dia akan terperangkap disini selamanya.Dibawah ini, didalam longkang yang mengalir air busuk.
Ankh selesai membaca jampi, rokok dijari sudah tinggal separuh.Ankh buang rokok tersebut kebawah.Tepat mengena kepala makhluk berkenaan.Puntung yang masih bernyala itu jatuh mengenainya.
Tak semena-mena dirinya terasa panas yang teramat sangat.Bagaikan membakar dari dalam.Ankh tidak bertujuan untuk mengurungnya disini.Ankh mahu membakarnya hingga jadi debu!
“Tidak...tidakk...” dia meronta-ronta mahu melepaskan diri namun tidak kemana-mana.Kepanasan mula membakar ubun kepalanya, mengalir dalam tubuh halus.Matanya bagaikan hendak melompat keluar dari kepala.Ya, matanya kini memang sudah tercabut keluar.Kuku panjang dia mula mereput hangus dan menghasilkan bau hangit.Lidah dia terjelir panas dan berapi.Sakit sana sini.Tiada siapa yang datang untuk menolongnya untuk melepaskan diri.Dia sedang mereput kepanasan dan menunggu untuk menjadi debu secara perlahan-lahan.
“Semoga Anna sedar akan tipu daya dan helah kamu!!!!!” jerit Tok Kuku Panjang buat kali terakhir.
Ankh senyum gembira.
“Dengan aku , jangan kau buat main.Ini tempat aku, ini wilayah aku!”
Tiada siapa yang perasan dengan peristiwa yang baru berlaku ini.Semuanya sibuk mahu pulang.Ada juga kesan asap naik dari bawah longkang.Tak siapa ambil peduli.
Kerja Ankh selesai ; menguruskan Tok Kuku Panjang.
Disebelah longkang itu, dalam pusat beli-belah ada sebuah kafe menjual sandwich.Ada seorang lelaki tua duduk betul-betul disebelah cermin menghadap longkang tersebut.Dia nampak wajah Ankh sungguh girang..
Ifrah tersenyum, sambil menghabiskan saki baki sandwich dan meneguk Air Coke.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kemana kau pergi? Ayuh cepat, kita mulakan tugas” Jerit Khorrgh padanya.Khorrgh baru selesai berjumpa dengan Anna.Muka Khorrgh sedikit berseri-seri.
“Aku pergi jalan-jalan ambil angin tadi..hehehe”
Mereka berdua berdiri didalam stesen, dekat dengan kaunter tiket.Mencari mangsa.Kali ini, Khorrgh yang ‘bikin’ manakala Ankh menyanyikan serapah pelawa,pukau dan nafsu.
Dihadapan mereka ada seorang gadis cina yang mundar-mandir.Kejap melihat jam pada lengan, kejap melihat peta bersebelahan dengan mesin tiket.
“Lauk sudah mari..” bisik Ankh pada Khorrgh.
No comments:
Post a Comment