Monday, June 27, 2011

2

“SILA AMBIL PERHATIAN..KOC TENGAH ADALAH DIKHASKAN UNTUK.....”


Stesen Komuter ini seringkali sibuk dan sesak.Pelbagai jenis manusia menggunakannya.Pagi, sedikit tengahari dan sebanyak petang merupakan waktu puncak disini.Turun, naik dan bertukar destinasi.Semuanya bergerak laju, mahu cepat tiba ke destinasi yang dituju.
Dia tunggu lagi.Seperti biasa.Macam selalunya, sejak seminggu yang lalu.Tanpa putus-asa.Peluh menitik, nafas turun naik.
Setia menanti bila yang tunggu akan kunjung tiba.Hari-hari tanpa rasa jemu.Setiap petang sebelum senja datang mengheret kedukaan.
Tenang dia menanti kedatangan gadis tersebut tanpa putus-asa.Jam yang terpapar di tiang Stesen Komuter ini sudah menunjukkan angka lima setengah petang.Sebentar lagi gadis tersebut akan muncul.
Tak sabar rasanya dia.Perasaan dia sekarang, sungguh melonjak-lonjak.Seakaan sama dengan apa yang dia pernah lalui beratus tahun dahulu bersama Athena.
“Aaah, lupakan sahaja.Itu cerita lama.Sudah dianggap mitos!” lalu ditekupkan muka dengan kedua belah tangannya.Dipejamkan mata, mahu melarikan emosi jauh dari apa yang digelar kesedihan,kerinduan dan sedikit pengkhianatan.


Lama juga dia berkeadaan begini.Peluh sudah mula membasahi dahi ( atau sedikit air mata membasahi pipi.)


“Assalamualaikum..”
Dia mendongak keatas.Seorang gadis berdiri dihadapannya.Tersenyum manis.Seisi dunia akan berhenti bergerak jika lihat gadis ini tersenyum.
“Errr..”
"Eh kamu, sudah lama disini?" senyum sang gadis.Muka dia putih berseri. Sungguh manis wajahnya, bertudung putih dan berbaju kurung. 
"Errr tak juga.Baru sahaja.." Dia menjawap, sambil mengelap peluh petang yang menitik dengan telapak tangan. 
“Nah, gunakan sapu tangan ini.” Hulur gadis berkenaan.Dia sambut sehelai kain berwarna biru dari gadis itu.Dilapnya peluh-peluh yang membasahi muka.
“Ini ada saya bawakan sedikit kuih dan air.” Gadis tersebut menghulurkan sebotol air mineral dari dalam karung plastik merah.
“Kamu minum air kosong sahaja kan? Jamahlah sedikit kuih ini.Jangan malu-malu.”
Dia sambut sebotol air mineral dari tangan dari itu..”Terima kasih.Tak mengapalah, saya masih lagi kenyang” sopan dia menolak pelawaan makan dari gadis itu.
Mereka duduk berdua dibangku.Sambil menanti kedatangan Tren Komuter.Mereka borak panjang-panjang.Tentang dunia, kenangan dan masa depan, tentang kerja (Si gadis berkenaan), tentang apa sahaja.
Dia buka botol air mineral itu.Ditogoknya sopan, sekadar untuk membasahi dan melembabkan bibirnya yang kering. 
"Seminggu saya kenal kamu di stesen ini.Tak pernah pun saya tengok kamu menaiki mana-mana Tren?"
"Hah?"
"Iyalah, Tren saya menghala ke Shah Alam.Kamu pula sekadar menunggu saya disini.Tak tahu saya kemana destinasi kamu"
"Hah?"
"Hey hey kamu ini..ermm atau mungkin kamu sekadar beli tiket untuk masuk ke sini mahu berjumpa saya?"
"Mungkin.Mana mungkin saya jadi bosan dengan penantian seperti ini setiap hari.Ada kamu.Takdir siapa tahu,kan?" 
"Iya, suka sangat kamu ini bermadah , wahai pujangga.”
"Saya nak bertanya sedikit.Boleh?” Sambungnya lagi.
"Hah?"
"Kamu ini, kuat mengelamunlah, sampai saya kena ulang banyak kali soalan...Siapa nama kamu sebenarnya?" 
(Selama seminggu bertemu, mereka hanya membahasakan diri sebagai 'Saya',’Awak’ dan 'Kamu'.)
"Nama? Panggil sahaja saya Kira"
"Kira? macam kira-kira? hahaha..macam nama Jepun juga ya?" senyum gadis berkenaan.
"Macam itulah.Tapi saya tak suka matematik."
“Kenapa pula?"
"Matematik tak boleh dibaca dan dihayati"
“Mahu jadi serupa pujangga lagi ya?”
Betul, dia amat membenci pengiraan.Atau matematik, atau ilmu hisab.Atau apa sahaja yang melibatkan nombor.Nama pula, hanya rekaan semata.
Dia tiada nama khusus bila jelma jadi manusia.
Jepun pula, adalah tempat yang amat bagus.Dari segi makanan dan habuan kegiatan.Dengar khabarnya, penghuni disana lebih bertuah.Kini , dia tak pasti. Kemungkinan banyak benda sudah berubah disana.
Teknologi sudah menghambakan manusia pada elektronik dan statistik dan bukan pada lagenda.Hanya sekali sahaja dia berjaya tiba kesana.Menumpang pelayaran armada Eropah.
Dalam seratus meter, Tren Komuter mula menghampiri.Si Gadis bergegas bangun.
"Kira, tren saya dah sampai"
"Err..Nama kamu pula?" 
Si Gadis senyum."Laaa ingatkan Kira tak mahu tanya tadi" Seraya berdiri ditepi pintu Tren Komuter.Pintu Tren dibuka.Sambil melangkah masuk,
"Nama saya Anna"
Kira senyum.Anna, sedap nama kamu.Senyum seorang diri sambil melambai tangan apabila Tren tersebut meninggalkan Stesen.
"Jumpa lagi esok!" Jerit Kira.Anna hanya senyum manis dari dalam gerabak sambil melambai perlahan.
Tangan kanannya masih mengenggam sapu tangan milik Anna. 
Dari atas jambatan yang menghubungkan dua landasan, Ankh duduk bertenggek.Diatas palang besi, terjongket punggung.Ankh tersengih.Ankh dapat mengesan sesuatu yang berbeza dengannya kali ini.Tak sama dengan tugasan yang dahulu.
"Hahahahaha..Khorrgh dilamun cinta....hakkkk ptuih!!" meleleh lendiran air liur bercampur kahak pekat keluar dari mulut Ankh.
Tatkala perbualan rancak antara Kira dan Anna berlaku sambil diperhatikan oleh Ankh, ada lagi roh mistik yang melihat dari kejauhan.Mengendap disebalik pokok yang tumbuh ditepi lebuhraya bersebelahan dengan Stesen Komuter.
Dia dan Ankh terlalu leka untuk menghidu kehadirannya.
“Ngeeee...Ngeee...Anna...”

No comments:

Post a Comment