"So with a tear in his eye, he's gonna catch 'em in the rye." - Everlast's
Mujur ada Ifrah?
Petang itu, lewat senja Ifrah datang mengetuk pintu rumah.
“Tak perlu ke Jambatan, aku datang kini.” Senyum Ifrah pada Khorrgh.Terkejut juga Khorrgh bila melihatkan kedatangan Ifrah yang tidak dijangka itu.
Ankh tersenyum , berdiri sambil sandar pada pintu kamar bilik tidurnya.
“Baguslah kau datang, Ifrah.Aku baru bercita-cita untuk menyerahkan ‘hasil tuaian’ pada kau.” Kata Ankh sambil mengintai sedikit kedalam bilik tidurnya.Ada sekujung jasad sedang lena tidur setelah kepenatan ‘dikerjakan’ oleh Ankh sebelum ini.
Ifrah masuk ke ruang tamu dan duduk tanpa dijemput.Tak perlu jemput sebenarnya.Ini memang rumah milik Ifrah.Mereka berdua pun ‘milik’ Ifrah juga.
Ifrah duduk sambil meluruskan kaki naik keatas meja kecil dihadapannya.Dia keluarkan sebatang rokok dan nyalakan.
Televisyen masih lagi menayangkan filem “Harry Potter”
Agak lama dia menikmatinya.Bukan filem yang ditayangkan tapi setiap sedutan rokok.Setiap hembusan.Setelah itu, dia bersuara kembali.
“Kau bawa perempuan itu kepada Al-Sibat” Sambil tenung tajam pada Ankh.
“Bila mahu?”
”SEKARANG!”
Terkejut Ankh sambil mengertap bibir.
”Tua celaka” Bisik hatinya.
Ankh kembali kedalam bilik.Diangkatnya tubuh mulus itu, diselubunginya dengan kain selimut.Tak bermaya untuknya membuka mata.Sekujur tubuh yang telah ‘dimakan’ serapah.
Hujan masih lagi lebat.Tak suka Ankh untuk berada dalam hujan.Lebih-lebih lagi dalam keadaan kilat sabung menyabung.
”Sesuatu yang buruk selalunya berlaku jika hujan hadir.” Bilang Ankh perlahan.
Ankh buka tingkap bilik, dan melompat keluar bersama gadis itu.Dia panjat perlahan agar dapat naik keatas bumbung.Dipautnya gadis tersebut kemas.Dari bumbung ke bumbung, Ankh meloncat mencari tenaga.Air hujan lantas membasahi tubuh Ankh.
“Mouche ! Mouche ! Ankhhhhaaaa!!!”
Lalu terbang lah dia bersama gadis malang itu menuju kearah Jambatan Tidur untuk menemui Al-Sibat.
Khorrgh kini berdiri dihadapan Ifrah.
“Duduklah.Ada sesuatu aku mahu tanya.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Hujan rintik-rintik, laut bergelora”
Dia berdiri dalam kesejukan, dibasahi hujan yang turun menderu tanpa ampun dan maaf.Teguh, tak tergerak, dia tegar.Biar membasahi badan, biar lencun pakaian.
Kilat sabung menyabung, guruh berdentum.Hujan masih lagi lebat.
Sama ada sedih atau gembira, hujan akan turun untuk mengiringi perasaannya itu.Hanya untuk dua situasi dan kini sedih bercampur gembira.Dia sedih melihatkan keadaan ini masih berlanjutan.Dia juga gembira kerana akhirnya telah menemui persembunyian mereka.
Matanya tepat memandang kearah balkoni apartment tersebut.Terbau kehadiran Ifrah, terlihat bayangan Khorrgh.Matanya meliar mencari kelibat Ankh yang tak kelihatan.
“Ini seharusnya dihentikan! Buat selama-lamanya!” getus hati yang penuh dendam.
“Yang terlaknat dia, bukan kau!” Satu nasihat yang pernah dilontarkan pada Khorrgh ratusan tahun dahulu.
Jikalau Khorrgh masih setegas dahulu untuk memilih jalan salah, dia akur.Dia akan doakan moga jiwa Khorrgh diampuni.Dia akan selamatkan Khorrgh.
Tapi tidak untuk Ankh.Kerana Ankh, dia tersisih begini.Kerana Ankh, dia dimakan sumpah.
Tidak sebenarnya.Salah sendiri juga.
Kerana kekuasaan, dia pernah menderhaka.Kerana emas dan kekayaan, dia menjadi petualang.Disumpah selamanya menjadi jasad gelandangan.Ditakdirkan selamanya, merengkok dalam kesedihan dan menggila bak seorang dewa dari tanjung neraka.
Sepuluh minit berlalu, dia ambil keputusan untuk berjalan pergi.Dia akan kembali.
Demi keadilan, demi pembalasan.Jangan risau, Ifrah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kau suka pada dia ya?” tanya Ifrah
Terkejut sungguh Khorrgh tatkala Ifrah mengajukan soalan tersebut kepadanya.Sesuatu yang Khorrgh tak jangkakan selama ini.Khorrgh pasti yang dia telah cuba selindungi perasaannya agar tidak boleh dijejak oleh Ifrah.
“Aku mungkin tua renta, tapi tidak buta lagi” senyum Ifrah
Nahas menanti.Sama ada bagi Khorrgh atau Anna.Banyak kemungkinan yang bakal berlaku, yang mana penamatnya kelak harus diakhiri dengan tangisan dan kerugian cinta.
“Kau dan dia tidak boleh bersama.Sekurang-kurangnya ini bukan aku yang kata, faham tak?”
Khorrgh angguk lesu.Terduduk sebentar.Menggigil tubuh badan Khorrgh.
Cinta takkan berjaya disemai walau dibajai dengan apa cara sekalipun.Ini adalah dalam konteks hubungan dia dengan manusia.Antara dia dengan Anna.
“Beginilah, kau tak seharusnya melibatkan diri dalam urusan cinta yang terlalu mendalam.” Tegas Ifrah.
“Aku beri kau pilihan; lupakan gadis tersebut atau berdepan dengan ghoul yang akan menyeret kau dari tanah semenanjung ini hingga ke hujung segitiga maut.” Ancam Ifrah.
Apa yang akan terjadi pada Anna jika Khorrgh ambil pilihan pertama? Atau pilihan kedua (demi cintanya?)
“Dan Anna akan jadi milikku!”
“Jika kau tinggalkan dia, aku beri jaminan tidak akan meminta kau untuk ‘serahkan’ gadis tersebut pada aku” Sambungnya lagi.
‘Meminta’ pada erti kata harus.
Berbanding Ankh, dia lebih berlembut pada Khorrgh.Dia suka pada Khorrgh.Ini adalah orang harapannya.Khorrgh sendiri sudah bersama dan mengikutinya sejak ratusan tahun.Mengumpul jasad wanita-wanita lemah.Mengambil kesempatan pada jiwa hawa yang halus serta dengan penuh kasihan.
Bukan kerana dendam, bukan kerana cintanya pada kaum wanita.Semuanya bersebab.Ifrah ada tujuan yang tak semua orang fahami.
Jangan lupa, jaminan dari kelompok seperti Ifrah bukan sepatutnya untuk kita semua ambil serius.Hanya Solomon (Yang Bijaksana) sahaja mampu menundukkan Ifrah.Tapi, semua orang tahu yang kini Solomon sudah lama tiada.
“Esok, adalah kali terakhir kamu berdua akan berada di stesen berkenaan.Aku mahu kita berpindah tempat!”
Bagi Khorrgh;
Iya, akan terjadi salah faham, dendam dan pengkhianatan jika dia gagal untuk menyempurnakan cinta ini.
(Bolehkah dipanggil cinta? Anna belum pun lagi meluahkannya.Dasar penghuni gila kepayang!)
Tapi;
Sama ada syurga atau neraka, keduanya pasti akan bersorak riang.
No comments:
Post a Comment