"How amazing time is, and how amazing we are" -Kahlil Gibran
Hari yang berikutnya, seperti biasa ada perjumpaan diantara kedua jasad ini.
Dikatakan tidak bercinta, namun keduanya tahu akan perkara ini.
Dikatakan mereka alpa pada amaran, namun keduanya tahu bencana mendatang.
Dalam deretan mimpi-mimpi Anna, hadir seorang lelaki tua dalam keadaan duduk bersimpuh, terbakar keseluruhan badannya, berkata;
"Berhati-hatilah , sayang...Mereka tidak sesekali akan melepaskanmu"
Setiap hari Anna bangun dari tidur yang dalam keadaan kucar-kacir.Hati bergelora bagai dihempas lautan duka.
Anna juga tahu,faham dan akur.Anna sedia terima Kira.Tapi, keadaan tidak memungkinkannya.Ikatan tersebut mudah terlerai dan tidak sah.Macam Romeo dan Juliet, dalam pertemuan singkat.
Bezanya, ini bukan hubungan antara manusia dengan manusia.
Dia tahu, Kira bukan sama sepertinya.Dia tahu buat sekian kalinya.
************************************
Monolog terakhir cinta mereka
Orang asing, orang asing..
Benda terjadi dengan secara tak langsung
"Ya , aku faham" kata sang gadis.
Jangan kau lupa yang aku tak pernah sesekali melupainya.Apa akan jadi kepada kau?
Adakah dek kerana tiada persamaan ini, kita hanya mampu melihat pada matahari yang sama?Berharap pada setiap masa ia tidak gagal untuk menyampaikan cinta ini?
^^^^^^^^^^^^^^
Kata sang gadis,
Ini bukan bermakna "Tak ternyata bertepuk pada sebelah tangan", kan?
Ini tak bermakna kita harus akur pada kekalahan sebelum mula berjuang, kan?
Adakah kau akan menghilangkan diri selamanya? kan?
^^^^^^^^^^^^^^
Balasnya pula;
Ini ceritera yang bukan sekadar cinta, iya, aku membalasnya dengan penuh kesudian.
Kesimpulan kita kalah, adalah untuk putaran hidup ini.Aku yakin dimasa kelak, akan ada perubahan.
Kita mampu sangkal segalanya.
Iya, demi keselamatan mu, aku terpaksa 'melarikan' diri.
Masa akan menukar cinta ini sebagai tiang peringatan, buat seketika.
^^^^^^^^^^^^^^
“Demi keselamatan saya?Apa sebabnya?”
Sebabnya, kita lain.Mimpi mungkin sama, tapi tidak dalam satu irama. Cinta mungkin kukuh, tapi bagai bikin rumah ditepi pantai. Kerap dilambung ombak, selalu dikikis air laut.
"Tak mengapa, kita berdua bolehlah memintal buih ditepi lautan" balas sang gadis sambil tersenyum hiba.
“Kalaulah semudah itu, Anna..”
Lantas, dalam pertemuan yang 'pendek' ini mereka guna untuk bergelak ketawa.Riang-ria bercerita tentang hari mendatang.Bertepuk tampar, senyum sama-sama.Banyak yang mereka ceritakan.Tentang cita-cita, tentang perasaan, tapi tidak mengenai harapan.
Keduanya faham, 'harapan' adalah sesuatu yang amat mustahil kini.
"Saya faham sekarang.Kita tak mungkin menyatu,bahkan jadi kawan juga mustahil."
"Ada beberapa benda yang tak mungkin boleh dicampur bersama-sama."
"Kira boleh hadir dalam mimpi saya? jika boleh?"
"Iya, saya janji.Selagi ada 'nyawa' ini, saya akan hadir dalam mimpi-mimpi Anna."
"Dan bagaimana pula nanti , jika dalam keadaan sedar saya pula jadi rindu pada Kira?"
"Anna boleh jenguk pada langit yang luas terbuka, bisikkan pada langit yang Anna rindu pada saya.Selepas itu, nantikan.hujan akan turun renyai-renyai.Anna boleh menikmati hujan yang turun atau, menari didalam hujan"
"Atau saya boleh pintal air hujan yang turun untuk dijadikan buih-buih hujan." ketawa Anna.
Mereka berdua gelak bersama sambil genggam tangan.Manfaatkan masa yang tertinggal.
Ini bukan mengenai pilihan.
Ringkasnya, ini bukan macam mesin minuman Slurpee™ dimana kita boleh bebas mencampurkan minuman hijau dengan biru.Atau apa sahaja antara dua pilihan yang disediakan.Faham?
"when everybody loves you, sometimes that's just about as fucked up as you can be."
************************************
Tepat jam tujuh suku, ada kelibat tren yang tiba.Tren yang terakhir, bak kata Ankh dalam hati.Dia lama memerhati gerak geri dua insan ini dari atas jejantas didalam stesen berkenaan.Lebih tepat lagi, Ankh berada di anak tangga yang ketiga belas, bila dikira dari atas jika menuruni kearah kaunter tiket.
Ankh dapat lihat, Kira (atau kemudiannya, Khorrgh) dan Anna saling berpegangan tangan.Bagai payah untuk melepaskan ikatan.Kira genggam erat tangan Anna.Kira kucup perlahan belakang telapak tangan Anna.Keduanya kelihatan sayu bercampur sedih.
Macam tak mahu berpisah, tapi itulah dia.Kehadiran tren ini sebagai penamat.Demi keselamatan Anna.Demi perjanjian dengan Ifrah,celaka.
Kaki Anna melangkah perlahan.Mata tertunduk pada jalan, tak mampu merenung wajah Kira bukan kali terakhir.Angin sayu bertiupan, membawa rasa yang amat sengsara.
Kira hanya berdiri kaku.Tidak melambai, tidak senyum.
Tidak pada hari ini, tidak pada ketika ini para penghuni hutan bergembira.Semua ghoul bagaikan berkabung, enggan terbang (mungkin untuk seminggu dua.)Para jembalang tanah, duduk meratap,bersedihan diatas busut-busut terbiar.Sekalian Langsuir berpakat untuk menangis malam ini demi cinta Kira dan Anna.Para pembela 'Hantu Raya' kehairanan disaat itu, kenapa belaan mereka menangis sendirian diatas loteng rumah?
Tiada apa yang kekal.Jika ada 'nyawa', aku rela tukarkan untuk cinta ini, bisik Ankh pada diri sendiri.Ankh perasan ada angin lembut yang meniup distesen ini.Lain benar, bukan angin kerana cinta.Angin yang hadir untuk membakar dendam lama.
Pelik, "Sepatutnya ini tak mungkin berlaku" fikir Ankh.
Ditinggalkan stesen berkenaan dengan tergesa-gesa.Mahu cari Ifrah.
"Kau tak sepatutnya mungkir janji!!" geram Ankh.Ada 'sesuatu' yang berada didalam tren yang dinaiki oleh Anna.
Celaka, Khorrgh terlalu cuai untuk menyedarinya, kata Ankh.Ini bukan keutamaannya kini. Cari dimana Ifrah, itu lebih penting!.
************************************
Anna rasa berat untuk meninggalkan Kira.Baru hendak berputik, namun terpaksa cari pengakhiran yang sebegini.tidak disedarinya, mengalir air mata.
"Cik, ambil tisu ini.Lap air mata yang mengalir" kata seorang jejaka yang duduk disebelah Anna.
"Kata orang, pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa, kan?" tambah jejaka tersebut.
Anna senyum dan angguk secara terpaksa.
"Nama saya Oren.Bunyi macam buah tapi bukan bulat, tapi manis macam oren yang sebenar" senyumnya sopan sambil menghulur tangan.
"Saya Anna.."
Tren berkenaan laju menderu menghala kearah destinasi berikutnya.
************************************
No comments:
Post a Comment